Ketahui apakah itu SCORE? Apakah keperluan SCORE? Adakah SCORE ini perlu untuk perniagaan anda?
Pengenalan
Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus yang dibangunkan oleh CIDB dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor tempatan dan asing di Malaysia bagi mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 bersesuaian dengan teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’.
OBJEKTIF
- Untuk memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang mempunyai keupayaan dan kemampuan.
- Untuk mengenalpasti jurang dalam prestasi dan membantu dalam meningkatkan keupayaan dan kemampuan kontraktor.
- Untuk membangunkan profil industri bagi mengenal tahap keupayaan kontraktor tempatan.
- Untuk membantu pihak klien dalam pemilihan kontraktor yang berkaliber.